Lilypie - Personal pictureLilypie

Saturday, May 9, 2009

Ummi want to open cafe/stall?

Assalamualaikum.....

Hari ini, Asma' ada cerita.... Tentang ummi nak buka kedai ke cafe? Haritu ummi cakap, ummi nak buka cafe bersama dengan MakCik Julie di kedai yang dekat kat padang rumah MakCik Julie. Kedai tu, nampak cantik juga. Ummi cakap, nak namakan kedai tu, Book Cafe. Hehehe.... Ummi suka membaca buku sambil makan donat dan minum tea. Yang ummi suka pergi melepak tu, di Big Apple. Asma' rasa, ummi memang suka pergi situ kot. Biasa lah, housewife kan. Bosan duduk dirumah sorang-sorang.

Pastu, ummi cakap nak jual baju. Baju yang ummi jual tu pon, cantik-cantik. Dari Indonesia.... Ummi dapat baju tu dari mak Fatimah dan Khadijah.... Bila Asma' baca blog Asiah, tambah lagi. Nak jual Al-Qur'an. Tak silap Asma' la ummi jual Al-Quran tu. Lagipun, Al-Qur'an tu bagus sangat. Dia terjemah perkata-kata. Contohnya, Bila dia ada tulis Alif Lam Mim dalam bahasa arab serta dengan baris, kat bawah tu, ada tulis maknanya. Bukan macam Al-Qur'an terjemah yang lain, makna dia, ada tulis di tepi. Ini dibawah punya. Kalau tak faham sudahla. Jangan lupa, lepas baca, comment. Dan tengok blog ummi di web:-

http://www.ummuasiah2001.blogspo.com

Okey, wassalamualaikum......

*Asma' Bad Latif

No comments: