Lilypie - Personal pictureLilypie

Tuesday, November 25, 2008

Went to Mid Valley..

Kelmarin, abah pergi interview untuk mendapatkan kerja yang lebih baik untuk agama,keluarga dan masyarakat.Bila dah hantar abah tu, kami pergi Mid Valley. Lepastu, cari jalan untuk masuk ke Mid Valley pun susah...

Alhamdulillah,jumpa pun... Bila masuk tu, cari kedai baju untuk Anas pulak... Lepastu beli kasut untuk Asma', di BATA. Asma' dah jumpa dah kasut yang nak beli tu, tapi Asiah pun nak... Tak jadilah nak beli kasut... Asiah pun, mula la tu dah nangis...Asiah,Asiah... Bila pergi kekedai KAMDAR tu, Asiah tak nak masuk. Dia kata, Asiah nak duduk kat luar ni... Kitaorang dah mula geram dahla ni dengan Asiah... Bila masuk tu, Asiah beli whiteboard dengan peralatan menulis je.. Dua je yang beli... Lepastu, Asiah dah senyum semula... Bila jalan-jalan tu, kitaorng pergi ke Program Dutch Lady. Permainan dia, kena ikut gaya yang uncle tu cakap. Kitaorang bukan dapat hamper, tapi buku aktiviti dan sticker je... Lagi pun, dalam hamper tu ada susu coklat, susu putih je.. Susu tu untuk orang yang berumur 1,2,3,4,5,6 tahun je.. Bila kitaorang pi naik atas sebab abah nak balik dah tu, Asma' dan Asiah nak beli ais krim, tapi tak cukup duit.. Kita orang dapat rasa je.. Sedap... Lepastu kitaorang balik...

ITULAH AKTIVITI KAMI DI MID VALLEY...


No comments: